Wednesday, December 17, 2008


Petang itu cuaca agak muram. Langit mendung tapi hujan tak kunjung tiba. Air dalam tempayan dicurahkan. Angin sepoi2 bahasa yang mengoyangkan pokok serai wangi di halaman rumah begitu mengasyikkan.. Seme ( bahasa bakunye seman) yang dari tadi membaca buku 'the other side of midnight' karangan sidney sheldon, tetiba bangun dari beranda sambil membetulkan rambut di belakang teliganya.. kain pelikatnye diketatkan di atas pusat..


Seme terus berjalan terhencot hencot menuju ke tiang tengah rumahnye. Kriok kriok kriok bunyi papan lantai rumah kayu tinggalan neneknye yang kini menetap di Charles de Gaulle, Paris.Bukan hajat Seme yang berbadan besar bermuka sedikit kemek untuk berjalan hencot, tetapi Seme gemar meniru aksi Fei Mau. Seme telah menjadi peminat Fei Mau sejak sekian lama, walaupun tak mampu bebahasa mandarin..

Gagang telefon biru diangkat.. entah kenapa Seme terasa seperti ingin becakap dgn seseorang yang tidak dikenali.. bahu Seme terincut incut.. Seme memandang cermin kecik yang tersangkut di tiang. Seme ingin pastikan, karakter Fei Mau nyer tidak terus hilang..

Toooot Tooot... Tooot Tooot.. nada dial di hujung talian...

Seme: Helo semilang semilang semilang...
999: Selamat petang, boleh saya bantu.
Seme: Disini, kita nak melaporkang ada keh eksiden belanggo
999: Dekat mana tu?
Seme: Kapung Pusat Sembo, Batu Nang.
999: Batu apa?
Seme: Batu nang.
999: Ulang semula, batu apa?
Seme: Batu nang..

Operator yang juga seorang gadis dari Marang terdiam sekejap sambil menggaru kepalanye yang tidak gatal..

999: Batu apa?
Seme: Batu P**** (toooot), bodo.

Hari tu adalah hari terakhir Seme atau Fei Mau dilihat di kampungnyer.. Gadis 999 ataupun Jakiah Inas telah menyumpah Seme menjadi batu. Jakiah agak marah kepada Seme yang tidak beradab ketika berbual. Batu tersebut telah menjadi batu tanda di atas sebuah gunung yang menjadi penanda sempadan antara terengganu dan kelantan.. (see picture above).. walaubagaimanapun, perbualan Seme dan 999, berjaya dirakam, dan kini menjadi ringtone anak anak muda zaman skarang..

Lagenda Seme terus diperkatakan oleh masyarakat setempat.. penduduk kampung Seme telah mencabut nombor sembilan ditelefon mereka, baik telefon rumah mahupun henfon, kerana takut disumpah menjadi batu...

Tuesday, December 09, 2008


Alhamdulillah, mak ngn ayah aku dah selamat berlepas ke tanah suci mekah untuk mengerjakan haji. Diorang berlepas pada 26 Nov 2008. Sebagai anak, aku besyukur sgt sebab diorg dapat peluang untuk pergi haji. Dah lama diorg plan nak pegi, alhamdulillah tahun ni diorg terpilih. Insyaallah, diorg akan balik ke mesia awal januari nih. Apa2 pun aku doakan mereka dikurniakan haji mabrur, amin.