Thursday, February 26, 2009



moga keamanan kembali...

Tuesday, February 24, 2009

kerna kelembapan tmpoint memproses, aku masih tidak punya internet.. lama betul menunggu..

Sunday, February 08, 2009

Baru2 ni aku menghadiri Maskara-13 yang mana tempatnye berkumpul pengiat seni untuk menghujahkan idea serta perasaan mereka dalam bentuk puisi serta lagu. Majlis telah berlangsung di Rumah PENA. Dalam byk2 org yang perform tu, aku tertarik dgn idea akan sorang minah nie. Aku sgt setuju dgn beliau akan melayu kite yg sgt lembik yang mana mempersoalkan kaedah latihan komando.. sesiapa yg tengok kat TV3, memang nampak latihan tersebut sgt kejam.. tetapi masalahnya ada segelintir yang mempersoalkan corak latihan tersebut.. rasionalnya:

a) kalau ko dah jadi komando dan telah ditawan, takkan ko nak geletek dia so that dia bocorkan rahsia kerajaan..
b) komando takkan la nak belajar menari ballet atau belajar buat cup cakes..

komando harus keras.. kene tampar, terajang, sepak.. itu semua harus.. diorng ni adalah pasukan/unit khas.. cuba bukak kamus dewan, carik pekataan komando tuh.. namun, ada org pendek akal serta jumud malah sengal, yang inginkan komando dijentik atau digeletek sebagai corak latihan.. lemah..melayu kita sangat lembik..

Tuesday, January 27, 2009

Imran sifoo - aku nak buat poem macam ko lah.. please komen.. hehe


Manusia..
Mudah alpa..bila bicara
Mudah lupa..perilaku lalunya
Mudah nampak..kuman seberang sana
Hatinya putih lebih dari saingnya

Tuhan disembah
Sujudnya berkiblah
Jiwa nuraninya pasrah
Namun bintang ciptaan amalan petuanya
Haram disangkal
Tidak mengapa percaya sedikit sahaja

Solatnya yakin ibadah
Kerjanya juga amal ibadah
Jumaatnya terisi ceramah
Tapi lupa bacaannya tulisan anak yahudi laknatullah
Taksub akan jalan cerita
Yakni itu terbaik buatnya

Petah berbicara
Jari dituding tangan dihayun
Mulut lancar menerjah bicara
Ilmu telah penuh didada
Yang salah tetap salah
Hanya nampak depan mata
Tapi kabur sekelilingya
Hatta manusia lain yang lupa

Pandanglah sekitarmu wahai manusia
Halalkah makanananmu
Halalkah minummu
Halalkah segalanya
Ya.. semuanya halal
Tatkala asal puncanya boleh dilupa
Bersekongkol dengan yahudi laknatullah
Lupakah dia

Ucapan penuh selingan hadis
Petikan ulamak jadi bicara
Persoalkan cara saingnya
Tuding situ tunjuk sana
Kerana yang salah adalah disekitarnya
Tatkala hatinya lebih putih dari saingnya
Begitulah seadanya manusia


Kita tidak pasti hujung pangkal
Kita jahil akan dunia
Kita mungkin dijalan yang bengkok
Hujungnya entah ke mana
Kerna kita manusia biasa
Tuhan penentu segala
Tentunya bukan manusia

Sunday, January 25, 2009

aku dapat thru email: about kfc


salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.


sekian.


Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd

Siapa lagi terrer, anda atau tesco

Minggu lepas batteri jam aku mampos.. So aku pegi tesco sbb nak beli bateri dabel A. Ada byk choice bateri tesco nih.. tapi aku tak kisah sbb bateri jam je pun.. aku cam nak beli yang 8 bijik punya so aku pun amik la kat rak tu... tapi aku rasa aku lagi terer dari tesco.. meh kite kaji:

Bateri AA 4 bijik (sepeket) - RM1.49
Bateri AA 8 bijik (sepeket) - RM3.50

tapi hati aku cam tepikir, patutnye yg lapan bijik lagi murah.. tetiba aku rasa math aku lemah.. aku pun buat siti sifir kat henpon aku:

rm1.49 x 2 = rm2.98

maka aku pun amik 2 peket bateri yang ada 4 bijik kat dalamnyer..

MAKA - do the math bile beli barang tesco....

Wednesday, January 07, 2009

Alien Invasion

Sgt merimaskan!!!!... Baru baru ni aku berpeluang utk menjenguk ke Jusco Cheras Selatan. Jusco tu memang besar kalau dibandingkan dengan Jusco Maluri. Sebenarnye niat aku betandang ke situ sebab nak makan. Perut dok bebunyi jer petang tue. Since first time, aku tecarik2 gak mana food court dia since aku parking the other end side. Aku takde selera nak makan fast food so aku n wife decide nak carik nasik kat foodcourt. Aku buat survey and decide nak makan pari set. Kirenye ada nasik, ikan pari, sup, papadom and tembikai 2 potong. Tapi...

selepas order, tetiba jiwa aku meronta ronta.. geram nak mampus. Kat dapur tu ada 4 org staff. 3 bangla and 1 indon. Since when tukang masak kat mesia ni org asing. Aku bukannye cari kedai makanan luar. Aku nak makan nasik biasa ajer, tapi yg masaknya bangla.. aku tak rasa bende camni wujud 10 tahun lepas.. aku cuba perati sekeliling aku.. Sah, mmg didominasi oleh mereka2 ini.. aku tak kisah kalau diorg jadi tukang bersih ke, angkut pinggan ker.. tapi makanan yg aku makan pun diorg buat.. rasa tension sgt sgt sgt... waktu aku makan, aku tgk sorg staff foodcourt dok tgh pungut pinggan and sudu.. aku perati betul2, budak melayu.. dah tebalik pulak..

dulu jaga tandas, sapu sampah, sekarang tukang masak... esok lusa jadi apa plak? pegawai bank? apa nak jadi ngn mesia nie.. Jusco Cheras Selatan harus perihatin.. apa pun aku puji surau dia yg luas and selesa..

Wednesday, December 17, 2008


Petang itu cuaca agak muram. Langit mendung tapi hujan tak kunjung tiba. Air dalam tempayan dicurahkan. Angin sepoi2 bahasa yang mengoyangkan pokok serai wangi di halaman rumah begitu mengasyikkan.. Seme ( bahasa bakunye seman) yang dari tadi membaca buku 'the other side of midnight' karangan sidney sheldon, tetiba bangun dari beranda sambil membetulkan rambut di belakang teliganya.. kain pelikatnye diketatkan di atas pusat..


Seme terus berjalan terhencot hencot menuju ke tiang tengah rumahnye. Kriok kriok kriok bunyi papan lantai rumah kayu tinggalan neneknye yang kini menetap di Charles de Gaulle, Paris.Bukan hajat Seme yang berbadan besar bermuka sedikit kemek untuk berjalan hencot, tetapi Seme gemar meniru aksi Fei Mau. Seme telah menjadi peminat Fei Mau sejak sekian lama, walaupun tak mampu bebahasa mandarin..

Gagang telefon biru diangkat.. entah kenapa Seme terasa seperti ingin becakap dgn seseorang yang tidak dikenali.. bahu Seme terincut incut.. Seme memandang cermin kecik yang tersangkut di tiang. Seme ingin pastikan, karakter Fei Mau nyer tidak terus hilang..

Toooot Tooot... Tooot Tooot.. nada dial di hujung talian...

Seme: Helo semilang semilang semilang...
999: Selamat petang, boleh saya bantu.
Seme: Disini, kita nak melaporkang ada keh eksiden belanggo
999: Dekat mana tu?
Seme: Kapung Pusat Sembo, Batu Nang.
999: Batu apa?
Seme: Batu nang.
999: Ulang semula, batu apa?
Seme: Batu nang..

Operator yang juga seorang gadis dari Marang terdiam sekejap sambil menggaru kepalanye yang tidak gatal..

999: Batu apa?
Seme: Batu P**** (toooot), bodo.

Hari tu adalah hari terakhir Seme atau Fei Mau dilihat di kampungnyer.. Gadis 999 ataupun Jakiah Inas telah menyumpah Seme menjadi batu. Jakiah agak marah kepada Seme yang tidak beradab ketika berbual. Batu tersebut telah menjadi batu tanda di atas sebuah gunung yang menjadi penanda sempadan antara terengganu dan kelantan.. (see picture above).. walaubagaimanapun, perbualan Seme dan 999, berjaya dirakam, dan kini menjadi ringtone anak anak muda zaman skarang..

Lagenda Seme terus diperkatakan oleh masyarakat setempat.. penduduk kampung Seme telah mencabut nombor sembilan ditelefon mereka, baik telefon rumah mahupun henfon, kerana takut disumpah menjadi batu...

Tuesday, December 09, 2008


Alhamdulillah, mak ngn ayah aku dah selamat berlepas ke tanah suci mekah untuk mengerjakan haji. Diorang berlepas pada 26 Nov 2008. Sebagai anak, aku besyukur sgt sebab diorg dapat peluang untuk pergi haji. Dah lama diorg plan nak pegi, alhamdulillah tahun ni diorg terpilih. Insyaallah, diorg akan balik ke mesia awal januari nih. Apa2 pun aku doakan mereka dikurniakan haji mabrur, amin.

Saturday, November 22, 2008


Photo: satu ketika dulu waktu aku muda2...

TUPAI YANG SENGAL

hari ni aku nak cite pasal tupai yang sengal.. memang sengal dan sgt menyakitkan hati. dalam 2 menggu lepas, aku bawak mak ngn ayah mentua aku pegi makan steambot kat kedai tupai2 sengal kat area DBP. Since in law aku dtg dari jauh, terasa la nak bg diorag try steambot air kelapa yang sedap tu... jam time tu dah kul 9.30pm.. agak lewat.. lagipun, org tua mana la makan steambot byk2.. just aku nak bagi diorng rasa jer.

bile dah sampai, aku pun sibuk amik lauk byk2 and masukkan dalam kuah yg dah mendidih itu.. and aku cume oder utk mak ngn ayah mentua aku jer since aku ngn wife aku dah kenyang. So, diorg pun makan la stembot itu.. nak dijadikan cerita, steambot itu MASIN NAK MAMPOS... mulanye aku tak pecaya.. aku rasa la kuah dia..memang telampau masin.. kesian in law aku.. aku dah jadi geram and panas.. aku panggil staff dia, then diorg tambah air kat dalam steambot tue.. kuah dia dah ok sikit.. cumenye bende udang, sayur, fishball dan semua yg kat dalam tu still masin..

sapa tak panas, bila ko belanja bende yang mahal, tapi tak sedap and haram masin. dah la ko bagi mentua ko makan... siot betul.. aku komplen waktu nak bayar dekat mamat lem**t tu.. dia kata, nape tak cakap awal2.. dgn muka cam sial..

puk***k dia la..dah tambah air pun masin jugak.. rasa nak lempang jer.. aku cakap, aku nak bayar satu set jer.. pastu dia argue lagi, dia kata standard mmg dua set.. aku sound dia sbb aku sgt tak puas hati.. yela, tak abis pun diorg makan sbb sgt masin.. korang tau tak, dia bg diskaun 5 hengget ajer.. total kene bayar rm73.. SIAL punye TUPAI2.. sumpah aku takkan makan lagi steambot sial dia.. tambah2 nak belanje mak bapak or mentua makan kat ctu... korang, take note.. kalau perlu hebahkan pada kengkawan.. aku rasa takpe kalau bende alah tu temasin.. kadang2 tesilap masak.. cumanyer aku expect diorg mintak maap and kasik refund.. professional la sikit.. boleh2 nak gak menang and pau duit aku.. mmg tak tau malu and kaki pau.. for the last time, bangsat la korang TUPAI2..

Sunday, November 09, 2008

hari ni penuh kemarahan... ishk.. takpe.. nnt aku update lagi.. tgh serabut, esok nak spm.. nak baca buku bio jap.. dulu amik spm aku tak score bio.. yang lain perfect.. heh..

Thursday, October 09, 2008


ni aku nak cite pasal gambar ni.. aku jumpe nenek ni waktu aku jalan2 kat pasir mas klantan.. since aku tak tahu nak tanye apa, aku pun mulakan perbualan seperti berikut:

aku: nek, umor brapo?
nenek: tok tahu gak.. tok ingak (dgn slang yg pekat)..
aku: loh..
aku: dok zame jepung dulu ko?
nenek: ho oh.. zame jepung ha.. (sambil menggelengkan kepala)
aku: bakponyo.. tok beh ko? (tanya aku lagi)..
nenek: zame tu susoh sangak.. nusuk dale padi.. jepung mari nok igak.. duduk jo dale padi nuh.. male baru tubek.. tok takuk ko lintah ko, pacak ko, takuk ke jepung ha.. bawok nasik ikak dipingge.. buak beka sapa male... anok kecik lagi.. nok make pung susoh.. nok buleh duit ke, keno jua pise.. ene butir pise, buleh seratuh duit jepung.. gilo..
aku: hmm.. insaf kejap aku ha...

Tuesday, September 23, 2008


selamat semua yer... balik kg baik baik.. ingat la org tesayang...

Monday, September 22, 2008

wahai kawan2 ku semua...
raya dah tak berapa hari lagi..
jangan lupa bayar zakat fitrah..

Sunday, September 14, 2008



riang hatiku badan bertuah...
punya teman yang comel dan manja..
..
..
..
na, na, na..na.. na...
..
..
orang biasa, basikal tua...

(lupa lirik da..)

Tuesday, September 09, 2008


bulan pose ni, macam2 aku teringin nak makan... tapi kuih kat kl ni, bukan je mahal.. tak sedap plak tue... dah jadi kebiasaan peniaga.. yang tak penah beniaga pun tetiba je jadi peniaga.. ntah penah ke tak buat kuih seumur hidup dia.. sebab rasa cam hape jer.. pastu jual rm2 utk 5 bijik.. bila kite beli 2 bijik, pastu buat muka cam tak puas hati.. macam la kuih dia sedap sgt... pulut udang takde udang.. siap tebakar hangus keras cam kayu... cucur badak takde badak kat atas.. dah tu tepung tebal nak mampus, isi ciput jer.. air kelapa plak macam air paip pastu taruk isi kelapa.. ntah la apa nak jadik... tapi apa2 pun, kalau korang nak rasa kuih yang best, semuanyer ada kat parit buntar... heheh..

Sunday, August 24, 2008



aku tgh tiup serunai di sebalik orang orang itu.. cuba cari aku...

baru2 ni aku ada anta artikel kat utusan pasal ketidak puashatian aku pasal pantai morib.. read my article at below link:

forum @ utusan malaysia

Thursday, August 07, 2008

teh ais

hari ni siot jer... aku pegi wangsa maju untuk membeli cd... punyer la crowded are tuh.. area tepi LRT station... pusing pat lima kali, tak gak dapat paking.. dah fed up, baru la jupe satu paking tepi jalan... mencari kedai cd tu pun punye lah susah.. tak jupe2... bile dah jupe, kedai tu tutup la pulak...cinabeng tul... dgn muke frast selamba, aku pun bejalan menuju ke keta.. aku nampak org d**l tgh saman keta aku.. babi betull... byk lagi keta lain buat silap, dia cuma saman yang depan2 ajer... sungguh unfair...dgn hati yang marah, aku ingat kene 30hinggit, rope ropenyer rm100.. sungguh bedebah... dgn tensen, aku melangkah masuk kedai mamak kene teh ais...sebab nak beli cd 7hinggit, aku kerugian masa, minyak yang mahal plus saman bongok tue... sapa2 yg penah paking kat area tue, tahu lah keadaan paking yang siksa nak mampus tue...

Monday, August 04, 2008

atas permintaan ramai, maka aku mengapdet kan lah akan blog aku..
aku nak cite pasal apa yer... aku takde cite, tapi aku ada teke teki..
soalanyer berbunyi begini:

binatang apa kah paling cerdik or pandai sekali kat mukebumi nih?

Friday, July 18, 2008

dah lama giler aku tak update aku nyer blog nie..
sbb aku takde idea nak tulis mende..
pagi ni ari sabtu.. aku bgn awal... tetibe rasa lapar..
tapi malas nak masak.. malas gak nak kuar.. ishk..
kalau kene nasik dagang besnyer lah... adeh..