Monday, February 11, 2013
Saturday, October 10, 2009
Dulu aku dah penah upload gambar ni. Saje je upload lagi sekali sebab tetiba teringat masa dok kat negara orang dulu.. punya la teringin nak makan popia goreng n popia basah.. tapi mana la nak carik kulit popia.. inti2 dia takde la susah sgt nak buat.. yang paling mencabarnyer, nak buat kulit tue.. bila sampai tahap cenggini, aku mintak bantuan ibu aku.. rupenya tak la susah sgt.. bila dah siap popia tue, sedapnya melampau2.. mesti la sedap, sebab takde nye jual kat sana..
bila aku tengok popia kat pasar ramadhan kampung baru, aku tau yang aku gak mampu hasilkan popia sebijik macam tue.. cumenya peniaga sekarang beniaga nak untung lebih.. kulit je cun, inti 2 batang tauge je? apahal?...
Tuesday, August 11, 2009
White Water Rafting @ Sg SLim
Alhamdulillah, aku baru saja balik dari berafting kat Sg Slim. Naseb baik tak cedera kat mana2 cuma becalar and minor cut saja. Secara amnya, agak meletihkan since air tak cukup banyak. Asyik tesangkut je. Tapi the best rapid tu known as 'jeram kotak', teramat lah bahaya nyer... turun je dari rapid, ada batu besar bas dok tunggu.. memang scary.. boleh tecabut la lengan..
Sg Slim ni bagi aku agak best compared to Kuala Kubu Baharu.. mungkin journey lebih jauh and rapid yang agak stylo.. yet, still tak leh compare dengan Sg Padas.. apa2 pun, bende alah ni memang menarik. Makan dia pun best. (Ayam masak lemak cili api, kerang rebus, sambal udang petai, ikan kering rangup nak mampus, sayur, air sirap, milo and nescafe panas).. waduh, terliur balik..
Sesapa2 teringin nak pegi boleh la contact aku...

Saturday, July 04, 2009
Gambar Latar: Ketika aku menemuramah pengedar dadah yang sangat diburu di Colombia.
[,]
Kadangkala ada hari yang sangat sengal.. Hari yang mana otak kita yang bijak, tetiba tershutdown sikit. Maka tindakan kita hanyalah berdasarkan firasat dan gerak hati.. Yakni otak tidak memberi input..
[,]
Alkisah, aku ada sekeping cek dari cimb. Ada la dalam seratus.. Aku pun pegi bank utk bank in cek itu. Aku bawak cek itu sambil berjalan kaki ke arah bank cimb..Tapi dalam hati aku rasa cam tak sedap.. Sebabnya aku takde akaun cimb.. Sambil merenung cek tu, aku pun melangkah masuk ke dalam cimb bank.. Aku ambik slip utk masukkan cek tesebut. Aku tulis detailnyer.. Nama, no cek,... no akaun? Apa no akaunnyer? Mana aku ada akaun cimb.
Serabut...
Aku bawak cek tu jumpa brader kat kaunter tu... 'bang, saya nak bank in kan cek ni, tapi saya takde akaun cimb, saya nak bank in kan dalam akaun maybank'...
[,]
Abang tu tesenyum.. 'dik, dik kene bank in kat maybank, sebab adik punye akaun maybank. .. Maybank kat sebelah jer'... Aku senyum tekehel, sambil buat2 garu kepala..
[,]
dalam hati aku tau... otak aku berehat selama tempoh aku berjalan dan sampai ke cimb bank... adeh la...
Tuesday, June 23, 2009
Sunday, June 07, 2009
Friday, May 15, 2009
Maps:
Antara kita mungkin ada yang tak mampu nak beli iPhone..Mungkin gak tak mampu nak beli GPS.. (GPS paling murah aku penah jumpe RM399). Tapi kalau ada mobile maps mungkin byk membantu kita nak cari arah.. sesetengah org sgt bengap bila bab2 mencari arah.. haha.. aku pun tak pandai sgt bab2 jalan nie.. maka aku biasanya buat research sebelum jenjalan.
Tapi sekarang ni dah ada google maps for mobile (beta version) utk malaysia. Aku baru je download utk henphone aku. Resolution and detail superb (sama seperti yang anda lihat di google maps).Untuk mendownload, sila taip yang berikut di browser henpon anda.
http://m.google.com.my/maps
TAPI, gunakan bile tedesak sahaja. Sebab maxis punya charge sangat mahal. 1sen/1kb. Kalau load map 'Pandan Perdana' mungkin dalam 120kb. Sendiri kira la. Maka utk selamat duit anda, search secara spesifik seperti key in 'JALAN PERDANA 5/7' dsb.
Selamat mencuba!!
Friday, May 01, 2009
kisah sedih jumaat malam
Aku ndaway balik dari beli makanan.. Jam tgnku menunjukkan 8.17pm. Makanan masih panas dalam bekas polystrene.. Kuda Yamaha 135LC aku berdengus perlahan ketika aku berhenti di traffic light. Lampu merah.. Enjin kuda ku lebih perlahan kali ini.. Kereta tak banyak tapi aku setia menunggu lampu hijau...
Tika itu, aku tedengar bunyi benda bernafas. Cukup perlahan tapi aku mendengar. Aku cari. Rupanya di tepi rumput dekat tiang traffic light. Aku lihat seekor kucing terbaring di situ. Perutnya kempis. Mungkin tiga hari tak makan. Mulutnya terbuka menampakkan taring. Nafasnya laju. Tetiba jiwa aku tersentap melampau. Aku amati kucing itu dan aku perasan yang matanya buta kedua2nya. Bernanah dan menutup keseluruhan matanya. Jiwa ku meronta sebab aku sgt kesian.. Tambahan pula aku mmg suke kucing..
Kuda aku mendengus perlahan. Lampu masih merah. Aku bukak bekas polystrene. Aku ambik sekeping daging masak merah yang dipesan isteri aku. Aku masukkan dalam mulut aku dan aku isap semua sos dan kuah sekeliling daging tu. Aku yakin daging itu tidak lagi pedas. Aku membongkok dan meletakkan di tepi tgn kucing tue. No respon. Aku ubah dan letak atas tangan dia, juga no respon. Mungkin kucing tu dah hilang deria menghidu.. Aku kutip daging tu dan letak dalam mulut dia yang separuh tebukak tu. Juga no respons. Aku tahu, kucing tu dah tidak punya daya lagi... dia menunggu saat itu..
Dalam hati kecil aku, aku berdoa agar tuhan mencabut nyawanya secepat mungkin.. agar tidak terus tersiksa dimamah embun malam dan terik mentari. Jiwaku sedikit terganggu.
Kuda aku mendengus garang dan membelah pekat malam yang masih muda. Lampu hijau kembali.

Monday, April 06, 2009
From chedet.com
1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.
2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.
3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.
4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.
5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.
6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.
7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.
8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.
9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.
10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.
11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.
12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.
13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.
14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.
15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.
16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.
17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa

Tuesday, March 31, 2009
Jauh ku pandang
Jauh ku pikir
Jiwa tak tenang
Hati tak tenteram
Mata ku penat
Tidak minda ku
Hampir terlelap
Jangan!! Teriak hati kecil ku
Lantas ku bangun
Di saat manusia lain nyenyak
Tersandar di sofa
Mengeluh tiada bicara
Ku capai pen
Ku capai kertas
Suis laptop ditekan
Kali ini kubiarkan
Minda berbicara
Ku catit segalanya
Atas excel
Atas words
Atas email
Atas pscs2
Agar tenang jiwa
Agar tidak lupa
Esok harinya
Mungkin begini setiap malam
Tapi tidak mengapa
Kerna ku tahu
Perjalanan ku masih jauh
Sebabnya aku masih
Berdarah dan berjiwa peniaga
Peniaga seperti juga ayah ibu
Kakak dan adik
Mungkin juga kucingku..
Monday, March 23, 2009
Sunday, March 22, 2009
Alhamdulillah... sekian lama aku tak update blog, baru hari ni ada kesempatan untuk menulis.. mungkin ada yang dah sedia maklum, mungkin ada yang belum.. Alhamdulillah, aku telah dikurniakan cahaya mata yang comel pada 1 Mac 2009. Baby lelaki. Berat 2.9kg. Dilahirkan di hospital pakar ampang puteri. Alhamdulillah, takde sebarang complication, cuma kuning dan ditahan sehari kat hospital. Aku besyukur semuanya selamat dan ibu dia pun sihat. Berkat doa keluarga dan rakan.
Epilog:
Pagi tu aku bangun awal. Pukul 4 pagi hari jumaat bersamaan 20th Mac 2009.
Air kolah cukup sejuk untuk aku mandi awal pagi cenggitu. Hujan turun lebat sangat dan aku sedikit menggigil menahan kesejukan. Mata masih berpinar sebab aku tidur pukul 1 pagi. Agak ngantuk. Aku ambil wudhuk dan terus ke bilik. Baju melayu warna oren yang tersangkut di balik pintu aku kenakan. Ku capai kain pelikat warna merah bersulam hitam. Ketayap putih kemas di kepala.
Aku keluar bilik. Ku lihat ayah mentuaku siap dengan jubahnya. Isteri aku dan kakak ipar aku mengenakan baju kurung. Semuanya tersenyum walaupun sedikit ngantuk dan sejuk. Baby aku diselimutkan secukupnya. Aku mengambil beg pampers baby dan tupperware berisi kurma dan air zam zam. Aku terus ke kereta dan menghidupkan enjin yang sejuk.
Kami bergerak dengan kereta kecilku membelah pekat malam. Hujan semakin lebat. Destinasi kami ialah Pulau Melaka. Hampir 40 minit kami tiba ke destinasi. Aku memperlahankan kereta, mata melilau mencari parking. Hujan terus lebat. Aku nampak ada bangunan separa siap tapi berbumbung. Aku arahkan kereta aku ke situ dan aku letak bersebelahan Mercedes kaler hitam. Hujan mencurah. Enjin kereta aku matikan.
Aku, ayah mentua dan kakak ipar menuju ke masjid. Azan berkumandang. Baju aku basah separuh. Tapi aku cekal. Semangat aku lain pagi ni. Aku masuk ke masjid. Aku lihat manusia berpusu memenuhi saf. Walaupun hujan lebat, manusia tetap memenuhi ruang masjid. Aku sedikit terkedu tapi bersyukur. Iqamat.
Aku bergerak ke saf paling depan. Harapan pahala yang lebih. Imam yang aku tunggu dari tadi sudah muncul. Ku perhatikan raut wajahnya. Dia membetulkan microphone di dada. Wajahnya sangat tenang, hati aku sejuk. Aku pasang niat untuk bersalam dengan imam. Solat tamat diikuti tazkirah. Hujan terus mencurah.
Aku lari dalam hujan. Mencapai payung entah siapa tuannya. Aku jemput isteri aku dengan baby. Kami bergerak perlahan ke arah masjid. Di sebuah bilik kecil, manusia beratur. Masing2 memegang bayi yang baru lahir. Aku dan ayah mentua yang memangku baby berasak masuk. Menyelit kerana tiada siapa pun yang beratur. Masa yang ditunggu tiba. Aku mengambil baby dan ayah mentuaku menghulurkan tupperware tadi. Sunyi.
Tiba giliran, aku mendekatkan baby dengan imam solat subuh tadi. Aku sejuk hati melihat raut wajah dia. Aku dekatkan lagi kedudukan aku. Tuan imam tadi mengambil gunting dan memotong bahagian atas rambut baby aku. Baby aku nyenyak tidur. Disuapkan pula dengan air zam zam. Lantas doa dibaca. Amin. Aku bersalam dengan tuan imam. Tangannya lembut. Aku segera bangun agar yang lain dapat peluang yang sama. Aku bergerak keluar. Kami menuju ke kereta.
Pagi itu aku rasa lapang dada. Selepas solat jumaat, masih ada kerja yang perlu dilakukan. Majlis bercukur dan kesyukuran. Aku penat tapi puas hati. Pengalaman bertemu tuan imam @ tuan guru nik aziz satu pengalaman istimewa. Kami bertolak balik. Kereta kecil aku meluncur laju.
Hujan terus lebat.

Thursday, February 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)