Friday, May 01, 2009

kisah sedih jumaat malam

Aku ndaway balik dari beli makanan.. Jam tgnku menunjukkan 8.17pm. Makanan masih panas dalam bekas polystrene.. Kuda Yamaha 135LC aku berdengus perlahan ketika aku berhenti di traffic light. Lampu merah.. Enjin kuda ku lebih perlahan kali ini.. Kereta tak banyak tapi aku setia menunggu lampu hijau...

Tika itu, aku tedengar bunyi benda bernafas. Cukup perlahan tapi aku mendengar. Aku cari. Rupanya di tepi rumput dekat tiang traffic light. Aku lihat seekor kucing terbaring di situ. Perutnya kempis. Mungkin tiga hari tak makan. Mulutnya terbuka menampakkan taring. Nafasnya laju. Tetiba jiwa aku tersentap melampau. Aku amati kucing itu dan aku perasan yang matanya buta kedua2nya. Bernanah dan menutup keseluruhan matanya. Jiwa ku meronta sebab aku sgt kesian.. Tambahan pula aku mmg suke kucing..

Kuda aku mendengus perlahan. Lampu masih merah. Aku bukak bekas polystrene. Aku ambik sekeping daging masak merah yang dipesan isteri aku. Aku masukkan dalam mulut aku dan aku isap semua sos dan kuah sekeliling daging tu. Aku yakin daging itu tidak lagi pedas. Aku membongkok dan meletakkan di tepi tgn kucing tue. No respon. Aku ubah dan letak atas tangan dia, juga no respon. Mungkin kucing tu dah hilang deria menghidu.. Aku kutip daging tu dan letak dalam mulut dia yang separuh tebukak tu. Juga no respons. Aku tahu, kucing tu dah tidak punya daya lagi... dia menunggu saat itu..

Dalam hati kecil aku, aku berdoa agar tuhan mencabut nyawanya secepat mungkin.. agar tidak terus tersiksa dimamah embun malam dan terik mentari. Jiwaku sedikit terganggu.

Kuda aku mendengus garang dan membelah pekat malam yang masih muda. Lampu hijau kembali.

6 comments:

Nik Hasmizie said...

Bagus bro. Sifat2 kasihankan binatang mmg perlu. Tersentuh jiwa raga baca entry kau ni.

Dani Izwan zainol said...

gila kesian, bab maut ajal ni gerun la

hari ni saja nak pi print banner pagi tadi, 2 kali nak eksiden. gila la.

dicky said...

tu lah.. tak kisah la binatang apa pun. kene sentiasa rasa kesian.. hehe.. bantu sesama makhluk..

nak eksiden? fuh.. bahaya tuh.. mulakan dgn bismillah..

ImranAbdulJabar said...

aku ni bukanlah peminat binatang, tapi 'babak' ko ni...menyentap jiwa gak la.

semoga ihsan ko mendapat berkat.

dicky said...

bro imran, dah sembuh yer.. alhamdulillah... baru ni aku singgah kat trafic lite yang sama, tapi aku tak nampak dah kelibat kucing tue.. hmm

ImranAbdulJabar said...

Ha, mungkin dia dah sihat dan pergi mencari rezeki.

Aku sihat gini-gini jek la. On-Off. Dugaan untuk aku.