Sunday, March 22, 2009

Alhamdulillah... sekian lama aku tak update blog, baru hari ni ada kesempatan untuk menulis.. mungkin ada yang dah sedia maklum, mungkin ada yang belum.. Alhamdulillah, aku telah dikurniakan cahaya mata yang comel pada 1 Mac 2009. Baby lelaki. Berat 2.9kg. Dilahirkan di hospital pakar ampang puteri. Alhamdulillah, takde sebarang complication, cuma kuning dan ditahan sehari kat hospital. Aku besyukur semuanya selamat dan ibu dia pun sihat. Berkat doa keluarga dan rakan.

Epilog:

Pagi tu aku bangun awal. Pukul 4 pagi hari jumaat bersamaan 20th Mac 2009.
Air kolah cukup sejuk untuk aku mandi awal pagi cenggitu. Hujan turun lebat sangat dan aku sedikit menggigil menahan kesejukan. Mata masih berpinar sebab aku tidur pukul 1 pagi. Agak ngantuk. Aku ambil wudhuk dan terus ke bilik. Baju melayu warna oren yang tersangkut di balik pintu aku kenakan. Ku capai kain pelikat warna merah bersulam hitam. Ketayap putih kemas di kepala.

Aku keluar bilik. Ku lihat ayah mentuaku siap dengan jubahnya. Isteri aku dan kakak ipar aku mengenakan baju kurung. Semuanya tersenyum walaupun sedikit ngantuk dan sejuk. Baby aku diselimutkan secukupnya. Aku mengambil beg pampers baby dan tupperware berisi kurma dan air zam zam. Aku terus ke kereta dan menghidupkan enjin yang sejuk.

Kami bergerak dengan kereta kecilku membelah pekat malam. Hujan semakin lebat. Destinasi kami ialah Pulau Melaka. Hampir 40 minit kami tiba ke destinasi. Aku memperlahankan kereta, mata melilau mencari parking. Hujan terus lebat. Aku nampak ada bangunan separa siap tapi berbumbung. Aku arahkan kereta aku ke situ dan aku letak bersebelahan Mercedes kaler hitam. Hujan mencurah. Enjin kereta aku matikan.

Aku, ayah mentua dan kakak ipar menuju ke masjid. Azan berkumandang. Baju aku basah separuh. Tapi aku cekal. Semangat aku lain pagi ni. Aku masuk ke masjid. Aku lihat manusia berpusu memenuhi saf. Walaupun hujan lebat, manusia tetap memenuhi ruang masjid. Aku sedikit terkedu tapi bersyukur. Iqamat.

Aku bergerak ke saf paling depan. Harapan pahala yang lebih. Imam yang aku tunggu dari tadi sudah muncul. Ku perhatikan raut wajahnya. Dia membetulkan microphone di dada. Wajahnya sangat tenang, hati aku sejuk. Aku pasang niat untuk bersalam dengan imam. Solat tamat diikuti tazkirah. Hujan terus mencurah.

Aku lari dalam hujan. Mencapai payung entah siapa tuannya. Aku jemput isteri aku dengan baby. Kami bergerak perlahan ke arah masjid. Di sebuah bilik kecil, manusia beratur. Masing2 memegang bayi yang baru lahir. Aku dan ayah mentua yang memangku baby berasak masuk. Menyelit kerana tiada siapa pun yang beratur. Masa yang ditunggu tiba. Aku mengambil baby dan ayah mentuaku menghulurkan tupperware tadi. Sunyi.

Tiba giliran, aku mendekatkan baby dengan imam solat subuh tadi. Aku sejuk hati melihat raut wajah dia. Aku dekatkan lagi kedudukan aku. Tuan imam tadi mengambil gunting dan memotong bahagian atas rambut baby aku. Baby aku nyenyak tidur. Disuapkan pula dengan air zam zam. Lantas doa dibaca. Amin. Aku bersalam dengan tuan imam. Tangannya lembut. Aku segera bangun agar yang lain dapat peluang yang sama. Aku bergerak keluar. Kami menuju ke kereta.

Pagi itu aku rasa lapang dada. Selepas solat jumaat, masih ada kerja yang perlu dilakukan. Majlis bercukur dan kesyukuran. Aku penat tapi puas hati. Pengalaman bertemu tuan imam @ tuan guru nik aziz satu pengalaman istimewa. Kami bertolak balik. Kereta kecil aku meluncur laju.

Hujan terus lebat.


6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah... bertuahnya mikhail...

Neny said...

Mana gambar baby?

Anonymous said...

gamba beby esok ada masa aku upload.. tak sempat lagi.. heheh..


abg yo: a ah.. alhamdulillah..

Anonymous said...

cik, citer aaa experience antar kamila pi spital, masa tgh tunggu kamila dlm ot, pas tu dapat baby, pas tu azan kat baby.. etc..

Anonymous said...

congrats, selamat menjalani kehidupan sebagai seorang bapa.

time anak kecil2 (belum) sekolah = ok lagi la. tension kurang tidor malam tu, ok lagi lah.

tapi bila dah start sekolah, fuh...banyak mende kena fikir. tanggungjawab besar. kena semak perkembangan pelajaran dia. kena semak buku2 dia.

kengkadang aku rasa cam nak marah cikgu sebab tandakan 'betul' bila anak aku jawab salah!! amik mudah jer cikgu ni...

pernah aku tengok cikgu english dia (ke cikgu sains)...tulis english dgn grammar tak betul. fuh! panas beb...

hahaha...sabarlah dgn tanggungjawab. kita mainkan peranan kita sbg parents di rumah juga untuk mendidik dan mengajar. jangan harap kepada orang lain semata2.

Anonymous said...

akak: tu citer special.. malas la nak citer kat sume org.. hehehe

imran: aku paham akan maksud ko.. aku juga paham sekitar permasalahan corak pengajaran kat sekolah.. anyway, hepi beb ada baby nih..