Friday, May 15, 2009


Maps:
Antara kita mungkin ada yang tak mampu nak beli iPhone..Mungkin gak tak mampu nak beli GPS.. (GPS paling murah aku penah jumpe RM399). Tapi kalau ada mobile maps mungkin byk membantu kita nak cari arah.. sesetengah org sgt bengap bila bab2 mencari arah.. haha.. aku pun tak pandai sgt bab2 jalan nie.. maka aku biasanya buat research sebelum jenjalan.

Tapi sekarang ni dah ada google maps for mobile (beta version) utk malaysia. Aku baru je download utk henphone aku. Resolution and detail superb (sama seperti yang anda lihat di google maps).Untuk mendownload, sila taip yang berikut di browser henpon anda.

http://m.google.com.my/maps

TAPI, gunakan bile tedesak sahaja. Sebab maxis punya charge sangat mahal. 1sen/1kb. Kalau load map 'Pandan Perdana' mungkin dalam 120kb. Sendiri kira la. Maka utk selamat duit anda, search secara spesifik seperti key in 'JALAN PERDANA 5/7' dsb.
Selamat mencuba!!

Friday, May 01, 2009

kisah sedih jumaat malam

Aku ndaway balik dari beli makanan.. Jam tgnku menunjukkan 8.17pm. Makanan masih panas dalam bekas polystrene.. Kuda Yamaha 135LC aku berdengus perlahan ketika aku berhenti di traffic light. Lampu merah.. Enjin kuda ku lebih perlahan kali ini.. Kereta tak banyak tapi aku setia menunggu lampu hijau...

Tika itu, aku tedengar bunyi benda bernafas. Cukup perlahan tapi aku mendengar. Aku cari. Rupanya di tepi rumput dekat tiang traffic light. Aku lihat seekor kucing terbaring di situ. Perutnya kempis. Mungkin tiga hari tak makan. Mulutnya terbuka menampakkan taring. Nafasnya laju. Tetiba jiwa aku tersentap melampau. Aku amati kucing itu dan aku perasan yang matanya buta kedua2nya. Bernanah dan menutup keseluruhan matanya. Jiwa ku meronta sebab aku sgt kesian.. Tambahan pula aku mmg suke kucing..

Kuda aku mendengus perlahan. Lampu masih merah. Aku bukak bekas polystrene. Aku ambik sekeping daging masak merah yang dipesan isteri aku. Aku masukkan dalam mulut aku dan aku isap semua sos dan kuah sekeliling daging tu. Aku yakin daging itu tidak lagi pedas. Aku membongkok dan meletakkan di tepi tgn kucing tue. No respon. Aku ubah dan letak atas tangan dia, juga no respon. Mungkin kucing tu dah hilang deria menghidu.. Aku kutip daging tu dan letak dalam mulut dia yang separuh tebukak tu. Juga no respons. Aku tahu, kucing tu dah tidak punya daya lagi... dia menunggu saat itu..

Dalam hati kecil aku, aku berdoa agar tuhan mencabut nyawanya secepat mungkin.. agar tidak terus tersiksa dimamah embun malam dan terik mentari. Jiwaku sedikit terganggu.

Kuda aku mendengus garang dan membelah pekat malam yang masih muda. Lampu hijau kembali.