Sunday, January 25, 2009

aku dapat thru email: about kfc


salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.


sekian.


Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd

10 comments:

Anonymous said...

Aku lebih pro kepada kewarasan rasionalisme.

Sifat emosional yang tak seimbang 'orang-orang kita' banyak impak negatif.

Boleh kalau nak emosional atau sensitif, tapi mesti bijaksana.

Kalau nak menang mesti ada strategi, bukan hanya teriakan semangat je.

mama ahza said...

Mak aih..kaya gler Tan Sri melayu nih..lagi kaya dr owner cum founder KFC, siap bole nk beli KFC dr founder nye kt U.S lagik...cayala org melayu. Hidup Melayu!
haishh..bole caye ke cite ni? nak ke KFC owner tu jual KFC yg merupakan bisnes family die turuntemurun kt Tan Sri melayu yg xde talian darah dgn die tp kaya raya ni? first of all, mamat yg post email ni keje kt KFC, logically, mesti mempertahankan company sendiri, klu x sape nk gajikan die?
Persoalan ke-2: rsnye yg dimaksudkan "Yuran Penggunaan Nama" by this guy is "Franchising Fees + Royalty fees", bukanlah sikit2 mcm yuran buku teks skolah..tp berjuta2 RM. kemana duit juta2 tu kalau x ke KFC U.S? Duit juta2 tu jgk KFC U.S bayar kpd U.S govt yg kemudiannye U.S govt ni menyumbang senjata2 canggih kpd Israel utk memecahkan tengkorak kepala anak2 kecil xbersalah dgn bedilan2 bom. Bayangkan kalau mereka tu anak2 kite...ape perasaan kite anak yg kite kandung 9 bulan, dibesarkn n ditatang dgn penuh kasih syg, tibe2 diletupkan kepala dan badan begitu shj dgn rejim zionis yg menggila? fikir2kan lah sebelum makan KFC, sesungguhnya x mati kite klu x makan KFC, tp bile kite mkn KFC, berapa ramai saudara ISLAM PALESTIN kite yg mati dek kerana ke'selfish'an kite yg hanya memikirkan kesedapan tekak n perut sendiri aje. Sy ade jugak mengidam nk mkn KFC n KENNY ROGERS, tp sy x jdkan alasan takut anak dlm perut meleleh air liur sbb xdpt mkn KFC n KENNY ROGERS sbg alasan utk sy mkn KFC n KENNY ROGERS. Bwh ni sy petik dr kata2 tokoh tersebut:

Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan.

mama ahza said...

Sedangkan Dr. Mahathir sendiri terang2an suruh boikot KFC, STARBUCKS dan segala brgn U.S...semestinye Dr. M lebih arif n wise tentang saluran ekonomi dunia drpd kite2 semua yg kurang mengambil tahu psl masalah dunia...

sedangkan org cina dan india pun ada yg menyokong seruan Dr. M ni atas dasar kemanusiaan, susah sgt kah kite org ISLAM menyokong atas dasar kemanusiaan plus sbg saudara seISLAM? Malu dgn org cina dan india..

Anonymous said...

cuba call mamat nie.. tanya la dia..

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443

mama ahza said...

kan dh ckp kt atas tadi..klu tanye die dh tentu la die mempertahankan...dh tentu2 la KFC tu yg gajikan die...skang pn ekonomi tgh down, mmgla susah nk cari keje tmpt lain, tpakse la setia dgn KFC...haduihh...

kite sbg umat ISLAM patut lebih peka n prihatin, jgn hanya menceduk yg memudahkan kite sahaja, harus lah bijaksana dlm menilai sendiri yg mana baik dan yg mana mudarat...sila lawati laman2 web di bwh..semoga bermanfaat, insyaAllah..

http://silahulmuslim.blogspot.com/2009/01/risalah-menyeru-umat-islam-untuk.html

http://maqasid-syariah.blogspot.com/2009/01/palestin-hadisquranfatwafakta-sejarah.html

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tak mati pun kalau tak makan ayam goreng kat KFC. Cuma pemikiran kita saja yang kena ubah.

Sebagai alternatif kepada KFC , Herba penawar Al Wahidah - HPA telah membuka Radix Fried Chicken (RFC) di Sunga Petani. Alhamdulillah sambutan yang sangat mengalakkan. Biasanya kena beratur sekurang2nya 1/2 jam untuk mendapat pesanan. Kini di buka 24 jam.

InsyaAllah cawangan yang kedua akan di buka di Alor Star pada 7 Feb 09. Di jemput menghadiri perasmiannya.

Di dalam perancangan HPA, RFC akan di buka di seluruh Malaysia. Untuk mereka di lembah kelang natikannya di Bangi dan Shah Alam Insyaallah dalam bulan April 2009. Sama2 kita menyokong produk Islam ynag semestinya Halal lagi Toyyib.

Dengan menjadi ahli @ makan di RFC sebahagian keuntungan akan di masukkan ke dalam tabung kebajikan terutamanya untuk saudara kita di Palestin.

Untuk maklumat lanjut boleh lawat http://hpa.com.my/rfc/ untuk penerangan lanjut boleh hubungi saya 013-3837278 - Nazri

Anonymous said...

alhamdulillah.. kalau ada kat pandan menarik nih..

Anonymous said...

Bagus impak boikot ni...
Boikot tu boikot juga, tapi nape still hisap rokok?

chromosome XX said...

sorry if my comment agak menjengkelkan..
but,mmg tu lah kebenarannya ttg kfc..
suma hospital swasta milik kpj,mcm ampang puteri adalah milik tan sri tu..
bukan sbb staff tu just nak pertahankan kerja dia...
sbb kita pelu tegakkan kebenaran...
pasal hpa buat mcm kfc tu..
kalo sape penah p mkn yg hpa tu,diorg mmg tiru produk kfc tanpa kebenaran.
so,tgk lah kalau nk carik rezeki pun jgn la tiru produk org,tak produktif n kreatif lgsg..
dah la tiru produk kfc,siap kempen kat suma warga malaysia supaya boikot kfc...

dah kalau nak boikot suma produk dr us,sesape yg ada niat nk beli laptop/pc batalkan je..
buat cara kuno dulu,guna pen kertas...
mampu ke stop smoking?

ikut lah pandangan masing2...

Anonymous said...

bagus respons yang sebegini.. afterall its a good argument.. kita boleh nilai dgn baik.. jgn pendek akal serta jumud dalam menilai..