Imran sifoo - aku nak buat poem macam ko lah.. please komen.. hehe
Manusia..
Mudah alpa..bila bicara
Mudah lupa..perilaku lalunya
Mudah nampak..kuman seberang sana
Hatinya putih lebih dari saingnya
Tuhan disembah
Sujudnya berkiblah
Jiwa nuraninya pasrah
Namun bintang ciptaan amalan petuanya
Haram disangkal
Tidak mengapa percaya sedikit sahaja
Solatnya yakin ibadah
Kerjanya juga amal ibadah
Jumaatnya terisi ceramah
Tapi lupa bacaannya tulisan anak yahudi laknatullah
Taksub akan jalan cerita
Yakni itu terbaik buatnya
Petah berbicara
Jari dituding tangan dihayun
Mulut lancar menerjah bicara
Ilmu telah penuh didada
Yang salah tetap salah
Hanya nampak depan mata
Tapi kabur sekelilingya
Hatta manusia lain yang lupa
Pandanglah sekitarmu wahai manusia
Halalkah makanananmu
Halalkah minummu
Halalkah segalanya
Ya.. semuanya halal
Tatkala asal puncanya boleh dilupa
Bersekongkol dengan yahudi laknatullah
Lupakah dia
Ucapan penuh selingan hadis
Petikan ulamak jadi bicara
Persoalkan cara saingnya
Tuding situ tunjuk sana
Kerana yang salah adalah disekitarnya
Tatkala hatinya lebih putih dari saingnya
Begitulah seadanya manusia
Kita tidak pasti hujung pangkal
Kita jahil akan dunia
Kita mungkin dijalan yang bengkok
Hujungnya entah ke mana
Kerna kita manusia biasa
Tuhan penentu segala
Tentunya bukan manusia
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aduh, pertama sekali aku rasa cam tak layan nak kasik komen.
aku just bagitau apa yg aku rasa aje la ek.
1. ada ejaan yg kena dibetulkan - tunding, Besekongkol
2. mesej dalam sajak ko ni aku faham
3. ada unsur ketuhanan disulam dengan sinikal (mungkin pada semua, mungkin pada individu)
4. aku penggemar sajak yang ada rima dan balance...so bagi aku sajak ni bukan.
tapi bro, janji mesejnya sampai...
dalam berkarya, kita kena letak 'jiwa' kat dalam dia so that orang bleh 'rasa'...atau 'jiwai'
tak kiralah menulis, melukis, amik gambar...kalau takde 'jiwa', ianya hanya karya biasa bukan mahakarya (masterpiece).
itu 'rasa' aku je la...
jom tulis lagi!
heheh.. cayalah bro.. aku menulis hanya 3 minit.. tanpa memikirkan rima yg sesuai.. sesedap hati.. hehe.. akan ku perbaiki lagi..
Post a Comment